Tuesday, April 19, 2011

Assignment 2011

[usaha dalam menjadikan malaysia sebagai negara yang maju dan kompetitif]


1)Pelancaran Model Baru Ekonomi (MBE) oleh Najib yang mensasarkan untuk melakukan transformasi negara bagi melahirkan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi yang dapat mengekalkan dan menempatkannya pada landasan yang betul ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020 turut menjadi ciri-ciri kukuh penyesuaian dasar kerajaan untuk melakukan perubahan pada ekonomi. 

2)Malaysia juga harus meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat dan memupuk satu tenaga kerja yang berbakat sambil ia memacu produktiviti dan daya saing melalui pemikiran kreatif dan inovatif. 

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
(i)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama; 
  
(ii)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan; 
  

(iii)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia; 
  

(iv)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar; 
  

(v)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara; 
    
(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat; 
  

(vii)  Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan 
  

(viii)  Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

ADQ2

....hmmmm....ssah nar jaga adq towk bah...ri towk tewk klaie nya....x twuk gk ku mok mdah cmne....hmmmm,,,bngung nar bah sa mkir nya towk...towk...gk da qu lm skolah dah brolah dah nya...lm gk qu lpas dr skolah towk lak...x twuk lah pa gk nk jdik an adq qu towk....mok mrah an nya towk...x smpey ati mok mrah...coz qu syg ilak2 an nya bah...ssah qu mok mdah cmne asa qu nek towk....bcmpur jak sa prasaan nek towk...p...qu arap nya ok2 jak taun dpan....hrap nya x brolah ilak lah.....hmmmm....adq2...........

Wednesday, February 23, 2011

assignment 169

Malaysia Dan Pembangunan Tanpa Menjejaskan Alam Sekitar
Azrina binti Sobian Pegawai Penyelidik

15/09/2006 | Utusan Malaysia
Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan satu bentuk pembangunan yang ingin dicapai mana-mana negara di dunia ini. Namun, bercakap lebih mudah daripada melakukannya. Hingga kini pembangunan sering mendapat keutamaan dan alam sekitar terus-terusan menjadi mangsa pembangunan.
Begitu ramai pengkaji yang menyetujui bahawa pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar sukar bergerak seiringan. Jika begitu, pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar tentu amat sukar dicapai. Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar atau lebih dikenali dengan pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan penduduk dunia kini tanpa menjejaskan kemampuan penduduk dunia akan datang untuk memenuhi keperluan mereka pula. Dengan kata lain, pembangunan kini hendaklah tidak menjejaskan alam sekitar agar kita dan keturunan kita nanti akan dapat terus menikmati alam ini.
Usaha mencapai pembangunan mapan disambut baik pelbagai negara. Negara maju mendahului usaha tersebut. Ini kerana keadaan di negara maju seperti ketersediaadaan undang-undang, teknologi, kepakaran dan penerimaan masyarakat sudah sedia  menyokong pembangunan mapan itu. Negara-negara membangun dan mundur agak lewat dalam hal ini. Namun ini tidak bermakna usaha mencapai pembangunan mapan diabaikan.
Malaysia sendiri merupakan antara negara membangun yang terkehadapan dalam hal ini. Malah sebelum pengenalan konsep pembangunan mapan, Malaysia telah mempunyai usaha-usaha untuk memelihara alam sekitarnya sendiri misalnya melalui undang-undang, kempen, pengurusan hutan dan sebagainya.
Mungkin kerana usaha berterusan itu, Malaysia mencapai kedudukan kemapanan alam sekitar yang agak baik. Jika dikaitkan dilihat Indeks Kemapanan Alam Sekitar (Environmental Sustainability Index) pada tahun 2002, dari 142 buah negara yang dikaji, Malaysia berjaya menduduki tangga ke-68. Kedudukan ini jauh meninggalkan negara Jepun dan United Kingdom yang masing-masing diletakkan pada tangga ke-78 dan 91. Manakala, pada tahun 2005 pula, Malaysia memperbaiki kedudukannya pada tangga ke-38 daripada 146 negara. Sekali lagi Malaysia meninggalkan jauh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (45) dan United Kingdom (65).
Untuk pengetahuan semua, indeks ini dikeluarkan hasil dari kerjasama World Economic Forum's Global Leaders for Tomorrow Environment Task Force, The Yale Center for Environmental Law and Policy dan Columbia University Center for International Earth Science Information Network (CIESIN). Indeks ini mengukur pencapaian keseluruhan kemapanan alam sekitar sesebuah negara. Di bawah indeks ini, 20 petunjuk utama telah dikaji. Antara petunjuk-petunjuk tersebut adalah kualiti air, pencemaran udara, keselamatan reaktor nuklear dan pengeluaran gas rumah hijau.
Kedudukan Malaysia dalam indeks yang ditunjukkan tadi agak mengejutkan. Siapa sangka negara sekecil Malaysia boleh mengatasi negara-negara maju yang lain. Malah, di antara negara-negara dalam ASEAN, Malaysia menduduki tempat teratas dalam indeks tersebut.
Kedudukan Malaysia yang begitu baik ini agak bertentangan dengan keadaan alam sekitar negara yang kita fahami. Pembongkaran pelbagai masalah alam sekitar yang seperti pencemaran sungai, penebangan hutan secara haram, masalah pembuangan sisa, pencemaran udara dan pelbagai lagi sejak akhir-akhir ini menimbulkan pandangan bahawa keadaan alam sekitar negara begitu teruk sekali.
Jadi, mana satukah yang harus kita terima? Pada pandangan penulis, masalah alam sekitar memang berlaku di Malaysia. Ini adalah hasil daripada pembangunan yang hendak kita capai. Namun, nasalah itu mungkin masih boleh dikawal. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana dapat mempelajari daripada apa yang telah berlaku di negara maju. Misalnya, kita boleh membangun sebagaimana negara maju dan dalam masa yang sama mengelak daripada mengalami masalah alam sekitar yang telah berlaku di negara itu. Dalam masa yang sama, pelbagai teknologi pengurusan alam sekitar yang telah dibangunkan di negara-negara maju itu boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah alam sekitar negara. Bagaimanapun, perlulah diingat bahawa jalan penyelesaian dan teknologi yang digunakan itu tidak semestinya sesuai untuk Malaysia. Ini kerana adanya perbezaan sumber dan budaya antara pelbagai negara.
Oleh itu, perlu ada pengubahsuaian jika jalan penyelesaian dan teknologi itu hendak digunakan di negara ini. Bukan itu sahaja, kita tidak boleh bergantung kepada satu bentuk jalan penyelesaian sahaja tetapi kita juga memerlukan beberapa rancangan lain bagi menyokong pembangunan yang sedang dijalankan. Dalam pada itu, pembangunan yang dijalankan akan menjejaskan persekitaran hidup orang awam. Oleh itu, penyertaan mereka, dalam bentuk memberi pandangan, aduan, cadangan dan sebagainya, tidak boleh dinafikan jika kita benar-benar ingin mencapai pembangunan dengan persekitaran yang baik.
Pada pandangan hidup Islam, pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar sebenarnya bukan sesuatu yang asing. Konsep ummah dalam Islam secara tidak langsung menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan satu-satu sumber itu hendaklah mengambilkira keperluan kita dan keperluan umat Islam yang lain. Malahan, dalam banyak keadaan keperluan ummah adalah lebih diutamakan berbanding keperluan seorang Muslim itu. Manakala, seorang Muslim yang hanya mementingkan diri sendiri adalah terkeluar dalam lingkungan ummah Islam. Tidakkah penjelasan ini mempunyai persamaan dengan konsep pembangunan mapan yang dijelaskan di atas?
Dengan itu amatlah penting kita memahami isu-isu pembangunan negara dan alam sekitar terutamannya dari sudut pandangan hidup Islam. Untuk meningkatkan kefahaman tentang perkara ini, IKIM akan menganjurkan Seminar "Pembangunan Tanpa Menjejaskan Alam Sekitar: Satu Pandangan Islam" pada 19-20 September ini.  Seminar ini akan melihat bentuk pembangunan negara dan bagaimana ini memberi kesan kepada alam sekitar di samping menggariskan kaedah pemuliharaan alam sekitar yang terbaik. Dalam masa yang sama seminar ini juga akan menjelaskan pandangan  hidup Islam berkaitan pembangunan dan pemeliharaan sumber alam negara.  Semoga penganjuran seminar ini dapat membantu memberi kefahaman berkait pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar di Malaysia.

pengajian am m/s 169

Dasar Alam Sekitar Negara

Dasar Alam Sekitar Negara.
Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.
Tujuan DSN adalah untuk :-
  • Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan rpoduktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
  • Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.
  • Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.
Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
1. Pengawasan Alam Sekitar
  • Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.
2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  • Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  • Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusi.
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  • Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.
5. Membuat Keputusan Bersepadu
  • Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.
6. Peranan Sektor Swasta
  • Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.
7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
  • Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
  • Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.
STRATEGI HIJAU MALAYSIA ARAH KE HADAPAN
Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
Strategi Hijau Malaysia akan menumpukan ke arah bidang-bidang berikut:-
  • Pendidikan dan kesedaran.
  • Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar.
  • Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu.
  • Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar.
  • Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian.
  • Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat.
  • Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-pelan tindakan.

Blom siap gk kja tk.....ArGhHhHhH!!!!!

Langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar kita

Lapisan atmosfera dan litosfera dicemari pelbagai bahan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia. Bahan seperti karbon monoksida dan hirokarbon merupakan kesan sampingan daripada aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan. Racun makhluk perosak yang digunakan secara meluas juga mencemari udara dan air. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, alam sekitar kita akan menghadapi pelbagai kesan langsung dan tidak langsung susulan sikap tamak manusia. Justeru, langkah segera wajar diambil untuk menyelamatkan bumi kita daripada terus dicemari.
Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.
Racun makhluk perosak patut dielakkan penggunaannya kerana ia menyebabkan barah dan merosakkan buah pinggang. Racun serangga dalam bentuk semburan yang mengandungi gas metana (methane) perlu dielakkan sama sekali kerana ia boleh mencemarkan dan membocorkan lapisan ozon. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan serangga seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluas. Ini dapat mengelakkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekitar.
Dalam keghairahan menjadi negara industri, Malaysia tidak patut mengabaikan masalah penebangan hutan. Negara-negara maju telah memusnahkan sebahagian besar hutan simpanan mereka sehingga kawasan tadahan mereka telah berkurang. Pengurangan kawasan tadahan ataupun hutan simpanan bukan sahaja telah meningkatkan suhu, malahan menimbulkan masalah kekurangan air bersih. Dengan mengekalkan kawasan hutan simpanan, kawasankawasan tadahan air adalah terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan hujan. Selain itu, pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh di tapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan perumahan. Selain membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap karbon dioksida dan membantu dalam proses pemeluwapan.
Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mendirikan kilang dengan teliti. Pihak kerajaan hares memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan kilang atau industri yang berbahaya atau yang boleh mencemarkan alam sekitar. Ini penting kerana buangan industri seperti bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan pencemaran bunyi boleh mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.
Stesen-stesen janakuasa di Malaysia menggunakan bahan api seperti gas asli, disel dan batu arang. Permintaan yang tinggi untuk elektrik menyebabkan stesen-stesen jana kuasa beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang melepaskan sulfur dioksida. Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala kehidupan di bumf. Langkah paling bijak adalah dengan mencari sumber alternatif seperti tenaga suria, kuasa angin ataupun kuasa ombak yang tidak menjejaskan alam sekitar kita.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan.

Tuesday, February 22, 2011

ASSIGNMENT2......

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’/ Tuan-tuan/ Puan-puan,

8.         Suka saya mencadangkan di sini bahawa pelan pengurusan yang akan dibentuk nanti perlulah juga selaras dengan Dasar Perhutanan Negara, 1978 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, 1998. Antara strategi Dasar tersebut yang boleh dicapai melalui penghasilan pelan ini adalah ia dapat meningkatkan penggunaan komponen kepelbagaian biologi secara lestari di samping mengintegrasikan pertimbangan kepelbagaian biologi ke dalam strategi perancangan sektor. Pelan pengurusan bersepadu akan memastikan semua pihak memainkan peranan supaya bukan sahaja faedah ekonomi yang berjaya diraih malah yang lebih penting, aspek pemuliharaan kepelbagaian biologi serta alam sekitar sentiasa terjamin.  

9.         Di samping itu, pelaksanaan kriteria dan petunjuk pengurusan hutan secara berkekalan hendaklah dipertingkatkan dan usaha pensijilan pengurusan hutan hendaklah diteruskan. Dalam konteks ini, pencapaian Malaysia dalam bidang pensijilan pengurusan hutan di mana kesemua 8 buah negeri yang mempunyai aktiviti pembalakan komersil dan beberapa Forest Management Unit di Sabah dan Sarawak sememangnya merupakan sesuatu kejayaan yang patut kita banggakan. Kejayaan ini sukar ditandingi oleh negara-negara membangun lain pada masa sekarang.
10.       Kerajaan pada tahun 2007 juga telah memperkenalkan Akta Biokeselamatan yang bertujuan untuk mengimbangi pembangunan bioteknologi moden untuk kegunaan yang berfaedah di samping memastikan ianya tidak mendatangkan kesan-kesan yang memudaratkan. Akta tersebut bertujuan untuk memastikan hasilan atau produk yang menggunakan organisma yang diubahsuai (Living Modified Organisms - LMOs) dijamin selamat sama ada kepada manusia, haiwan dan persekitaran. Ia melengkapi Dasar Bioteknologi Negara dengan menyediakan instrumen perundangan yang kukuh supaya pembangunan industri bioteknologi negara dapat bergerak dengan lancar tanpa mengkompromikan aspek keselamatan dan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar. Namun begitu, perlu saya tekankan di sini bahawa Akta tersebut tidak akan menghalang aktiviti R&D yang melibatkan teknologi kejuruteraan gen melalui bioteknologi moden.
........................................................................................................................,...........................................
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.

////////////////////////////////////////////////////////////////
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar.

Wednesday, February 16, 2011

Assignment Que..

Definisi Jenayah Kolar Putih:


Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah,perdagangan orang dalampenggelapan wangjenayah komputerpencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.


Langkah2:


Jenayah kolar putih semakin berleluasa kini. Jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional secara halus dan sukar dikesan.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat membendung jenayah kolar putih ini.

• Jenayah kolar putih dilakukan oleh golongan profesional.
• Jenayah ini dilakukan secara halus tanpa kekerasan.
• Misalannya pelesapan wang, penyelewengan kuasa dan rasuah.
• Jenayah ini akan menjejaskan imej negara dan keselamatan sosial.
• Jadi, langkah-langkah segera perlu diambil.

1. Penguatkuasaan undang-undang amat penting dalam hal ini.
• Hukuman yang berat berkesan dalam hal ini..
• Penjenayah harus dikenakan hukuman penjara yang lama.
• Hukuman sebat juga perlu dikenakan.(pencegahan)
• Harta yang dilesapkan juga hendaklah dirampas balik oleh kerajaan.
• Dengan ini, golongan bakal penjenayah akan berasa takut.
• Mereka akan memikirkan kesan buruk kegiatan mereka.
• Sekiranya mereka tertangkap dan sabit kesalahan, mereka akan hilang segala-galanya.
(Penjara min 14 hari hingga 20 tahun. Denda min RM 10,000 atau 5 kali ganda yang mana lebih tinggi)

2. Didikan agama untuk melahirkan insan yang beriman juga penting.
• Agama akan mengajar kita berkelakuan baik.
• Agama membantu kita mengawal nafsu.
• Agama menjauhkan nafsu ghairah mementingkan keseronokan dan kekayaan.
• Sebaliknya mengajar kita hidup penuh kejujuran dan kesederhanaan.
• Kita juga akan takut kepada balasan di akhirat nanti.
• Jadi, kita tidak mudah digoda kebendaan mahupun wanita.
• Dengan ini, pegawai polis, imigresan dan sebagainya tidak tergamak melakukan rasuah dan sebagainya.(Pegawai-pegawai bank tidak akan melakukan jenayah melesapkan wang bank.)

3. Kawalan prosedur kerja yang ketat juga boleh membendung masalah ini.
• Prosedur kerja awam yang ketat dapat mengelakkan menyalahgunakan kuasa.
• Kuasa kelulusan tender atau lesen harus melalui pelbagai peringkat. (Isu AP import kereta)
• Dengan ini, tiada pegawai tinggi yang berkuasa penuh dalam sesuatu kelulusan.
• Ketelusan kelulusan juga harus ada.
• Dengan ini, gejala rasuah dan pilih kasih dapat dihindari.
• Banyak kes lesapan wang bank berlaku kerana kawalan kerja yang longgar.
• Jadi, institusi kewangan harus mengawal ketat kakitangan bawahannya.
• Dengan ini pegawai bank yang mengendalikan wang yang banyak tiada peluang mencurinya

4.Kakitangan yang menjalankan siasatan dan dakwaan jenayah kolar putih juga perlu ditambah.
• Kita memerlukan lebih banyak pegawai Polis atau Badan Pencegah Rasuah yang profesional.
• Hal ini kerana jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional.
• Jenayah ini sukar dikesan dan penjenayah susah disabitkan kesalahan.Goay Teck Chong
• Misalnya dalam jenayah perdagangan, kita memerlukan pegawai penyiasat yang tahu selok-belok perakaunan dan undang-undang perdagangan.
• Bilangan pegawai Polis dan BPR yang ramai juga dapat mempercepatkan siasatan kes dan dakwaan.
• Akta Pencegahan Rasuah 2005 yang memberi kuasa lebih kepada BPR juga penting.
• Tindakan BPR yang lebih bebas membolehkan tindakan segera diambil. 

5.Kempen kesedaran juga penting dalam hal ini.
• Kempen ini boleh dijalankan di peringkat sekolah mahupun kebangsaan.
• Misalnya seruan PM kita tentang kesan buruk politik wang penting.
• Melaluinya orang ramai didedahkan tentang betapa bahayanya jenayah ini.
• Dengan ini, orang ramai sedar bahawa akhirnya kita sendiri akan menjadi mangsa.
• Orang ramai juga akan lebih prihatin terhadapnya.
• Dengan ini orang ramai lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung gejala ini.

• Pemimpin India yang terkenal, Mahatma Ghandi pernah berkata: “Dunia ini cukup untuk semua orang kecuali mereka yang tamak haloba. Tempat yang terbaik untuk golongan ini ialah di penjara.”
• Jadi sama-samalah kita menjauhi gejala buruk ini. 

Punca-punca:
1 Kelonggaran undang-undang.
2. Kekurangan keimanan
3. Kelonggaran prosedur kerja.
4. Penghasut dan penyogok.
5. Budaya tradisi kaum tertentu
6. Kuasa eksekutif tanpa sekatan.
Contoh kes
curi wang ATM
lesap wang bank
pegawai imigresen minta layanan seks
polis menerima rasuah
beri kontrak kepada syarikat sendiri

Tuesday, February 15, 2011

Nostalgia Maulidurasul 2011..

sameqom...ari towk tewk bararak lm bandar cbow...llah nar bah...1st tyme berarak jauh pya...dolok tyme rah igan pusin2 kpg jak...hmmm...tp enjoy lah...hepi da jwak sa tk...coz skool mekowg hmpir dapat suma nombor lm suma kategori ri tk tewk...suma nya dapat nombor 1...except ptandingan spanduk jak x pat 6ber...p x hal la jwak..nang upa adat ptandingan bah...ada nk kalah..ada nak mnang...hmmm...cta pasal pg tewk...dah lah dak miak gerak mekowg kol 3...awal lu jak...gk kmbg jak sa mata bangun tyme ya...hehehe...kak ya...sblm ge dataran dbah tewk..kad matrik ku lpak rah klas..hahaha...sengaut jak gk asa agak guard nun mntak mbkak gate klas mekowg...bpluh alu..huhu...ya lah d katakan ''snaman pagi..hahaha....last skali...SMKAS BOLEH!!!!!!!....

Saturday, February 12, 2011

SeMp-It!!!!!!






check it out ya!!!!

boring..

hmmm...knak la ri towk bowink ilak asa...llah jwak sa bdan towk....mok ge pasar..duit x dambikku rah ustazah ri ya....adowh....boring kowh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....x lmak gk mok exam towk....study pn lom gk...arghhhhhhhh!!!!!!.....

Manok@siau....

ari towk tek mkan manok....mok mdah nyaman manok ya x jwak...mok d pdah nyaman pn x...hmmmm....redha jak gk...ng upadak catering bah...dah la tyme supper malam tewk mkan oat jak...kak ya aik susu...bagus ka kta dmpn ambk aik...tk x...daknya dmpn mrik an kta...dah la ckit jak brik...kbulur nar sa bh...ermmm....pa gk mok d luah ctowk owe...ha!!!!...ri towk tewk tdosampey kol 11 lbih....huhuhu...dak member ngerak pn ku x sdar..hahaha....p puas nar la sa tdow ri towk tewk....esoq dah start skool gk dah...harap2 la ku x tdow lam klas soq..plan mlm tk mok mlah kja pengajian perniagaan ckgu koh ya...tkut x cyap gk lak...mrah udik owng tua ya an ku gk lak....hmmmm....k la....tk jak sa nya...wassalam....

Tension!!!!!!!

hmmmm...pa nk jdi tk kah....dah la kja pengajian am nak dbrik ckgu koh ri ya blom dplah ku gk...adowhhh ea...mok relax jwak sa ujung mggu...p x pat...ngenang kja lom siap gk...hmmmm...kak ya...dplih ustaz hamka jdik naqib gk...ingat mok relax tyme usrah....arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.....tensyen ku.....

Januari 2011

Capek giller tyme towk...dah nama pngawas nk...ng llah awaal taun....hmmmmm...kja mekowg la ngator dak katil k miak form 1 baru msok...llah nar sa bah....mn mok d ekot sa ati....plah shari cuti special k dak pngawas relax....hahahaha....
tp tyme mlah orientasi form 1 ri ya ng enjoy giller lah...ngga dak miak enjoy ngan xtvt nk mekowg plah k dak nya....