Tuesday, February 22, 2011

ASSIGNMENT2......

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’/ Tuan-tuan/ Puan-puan,

8.         Suka saya mencadangkan di sini bahawa pelan pengurusan yang akan dibentuk nanti perlulah juga selaras dengan Dasar Perhutanan Negara, 1978 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, 1998. Antara strategi Dasar tersebut yang boleh dicapai melalui penghasilan pelan ini adalah ia dapat meningkatkan penggunaan komponen kepelbagaian biologi secara lestari di samping mengintegrasikan pertimbangan kepelbagaian biologi ke dalam strategi perancangan sektor. Pelan pengurusan bersepadu akan memastikan semua pihak memainkan peranan supaya bukan sahaja faedah ekonomi yang berjaya diraih malah yang lebih penting, aspek pemuliharaan kepelbagaian biologi serta alam sekitar sentiasa terjamin.  

9.         Di samping itu, pelaksanaan kriteria dan petunjuk pengurusan hutan secara berkekalan hendaklah dipertingkatkan dan usaha pensijilan pengurusan hutan hendaklah diteruskan. Dalam konteks ini, pencapaian Malaysia dalam bidang pensijilan pengurusan hutan di mana kesemua 8 buah negeri yang mempunyai aktiviti pembalakan komersil dan beberapa Forest Management Unit di Sabah dan Sarawak sememangnya merupakan sesuatu kejayaan yang patut kita banggakan. Kejayaan ini sukar ditandingi oleh negara-negara membangun lain pada masa sekarang.
10.       Kerajaan pada tahun 2007 juga telah memperkenalkan Akta Biokeselamatan yang bertujuan untuk mengimbangi pembangunan bioteknologi moden untuk kegunaan yang berfaedah di samping memastikan ianya tidak mendatangkan kesan-kesan yang memudaratkan. Akta tersebut bertujuan untuk memastikan hasilan atau produk yang menggunakan organisma yang diubahsuai (Living Modified Organisms - LMOs) dijamin selamat sama ada kepada manusia, haiwan dan persekitaran. Ia melengkapi Dasar Bioteknologi Negara dengan menyediakan instrumen perundangan yang kukuh supaya pembangunan industri bioteknologi negara dapat bergerak dengan lancar tanpa mengkompromikan aspek keselamatan dan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar. Namun begitu, perlu saya tekankan di sini bahawa Akta tersebut tidak akan menghalang aktiviti R&D yang melibatkan teknologi kejuruteraan gen melalui bioteknologi moden.
........................................................................................................................,...........................................
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.

////////////////////////////////////////////////////////////////
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar.

No comments:

Post a Comment